preloved time

Monday, May 28, 2018


     Kegiatan kokurikulum dapat didefinisikan sebagai aktiviti yang dijalankan di luar bilik darjah.Kegiatan kokurikulum terbahagi kepada tiga bahagian iaitu kelab dan persatuan,unit uniform dan sukan permainan.Pelajar diwajibkan menyertai satu daripada aktiviti tersebut.Ghalibnya,aktiviti kokurikulum diadakan pada setiap hari Rabu.Aktiviti ini bukan saja menyeronokkan malah dapat memberi manfaat kepada kita.Namun kini,pelajar hanya mengambil mudah tentang aktiviti kokurikulum dan tidak melibatkan diri secara aktif.Hal ini amat membimbangkan keraan modal untuk melahirkan insan yang holistik tidak tercapai.Hal ini juga merisaukan kerana mereka menyertai aktiviti kokurikulum secara sambilewa bagai melepaskan batuk di tangga .Kebanyakan pelajar suka memonteng aktiviti ini kerana aktiviti ini berlanjutan sehingga petang.Mereka tidak tahu bahawa aktiviti kokurikulum mendatangkan faedah seperti contoh dapat menyihatkan badan sekaligus dapat mencergaskan badan pelajar.Persoalanya,apakah faedah-faedah yang kita perolehi apabila kita melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum secara aktif?

    Pada realitinya memang tidak dapat dinafikan bahawa aktiviti kokurikulum dapat mengisi masa lapang kita.Apabila kita menyertai aktiviti kokurikulum,kita tidak akan mensia-siakan masa yang kita ada dengan budak-budak nakal atau kacang hantu.Ibarat kata masa itu emas.Secara tidak lansung kita dapat menghindarkan diri daripada terjebak daripada gejala negatif dalam kalangan pelajar. Contoh ketara yang paling dekat dengan kita ialah merokok, buli dan vandalisme yang semakin menjadi-jadi.Jika kita mengikuti aktiviti kokurikulum, kita tidak akan membuang masa yang kita ada dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah sekaligus tidak akan mendatangkan kebaikan kepada kita malah akan mendatangkan keburukan.Dalam hal ini, jika kita menisi masa lapang dengan aktiviti kokurikulum, kita juga boleh menambah ilmu pengetahuan.Tamsilannya,jika kita menyertai persatuan Bulan Sabit Merah kita akan mengetahui cara untuk merawat luka dengan betul dan jika kita menyertai kelab matematik kita boleh memantapkan lagi kemahiran subjek tersebut.Oleh itu, kita janganlah mensia-siakan masa yang ada kerana masa tidak boleh diundur semula. 

    Lain daripada itu, aktiviti kokurikulum dapat menguji ketahanan fizikal dan mental.Seperti yang kita ketahui, badan beruniform biasanya menjalankan aktiviti yang agak lasak dan mencabar ketahanan fizikal dan mental. Hal ini manpu meningkatkan ketahanan bukan sahaja dari segi fizikal malah mental peserta.Misalnya,persatuan Pengakap yang menjalankan aktiviti "flying fox" yang menguji mental dan fizikal. Bagi ahli yang baru pertama kali menyertai aktiviti ini,mereka akan berasa gayat dan was-was untuk melakukan aktiviti tersebut dan merupakan pengalaman baru yang mencabar mental dan fizikal.Keadaan ini juga akan membantu mempertingkatkan keupayaan sistem perkumuhan seseorang pelajar.Pada masa yang sama sistem aliran darah akan menjadi lebih sempurna.Natijahnya,daya tahan pelajar terhadap serangan penyakit akan meningkat.Dengan ini,tahap kesihatan tubuh badan mereka juga turut meningkat.Izharlah bahawa aktiviti kokurikulum dapat melahirkan pelajar yang sihat fizikal dan mental.

    Seterusnya,aktiviti kokurikulum dapat menyemaikan kerjasama.Kerjasama diantara satu sama lain amat penting untuk membuahkan hasil sesuatu perkara.Para pelajar yang menyertai aktiviti kokurikulum biasanya akan melakukan aktiviti seperti memasang khemah,membina gajet,memasak dan sebagainya.Dalam masa itu mereka akan berganding bahu untuk  melakukan sesuatu kerja bersama-sama.Jika mereka melakukan aktiviti secara berkumpulam,mereka dapat menyemai sifat kerjasama kerana mereka akan berbincang untuk membahagikan tugas supaya kerja mereka teratur dan cepat.Contoh lain ialah,jika kita berkerjasama seperti gotong royong perjalanan kerja akan lebih lancar dan tidak ada sebarang masalah yang berlaku akibat tidak berkerjasama.Oleh itu,kerjasama amat penting dan dapat disemai melalui aktiviti kokurikulum.

    Di samping itu,disiplin pelajar dapat ditingkatkan jika mereka mengikuti aktiviti kourikulum.Disiplin amat penting bagi seseorang individu untuk mencapai kejayaan.Aktiviti-aktiviti perkhemahan yang dianjurkan oleh pasukan unit uniform memerlukan kemampuan pelajar untuk menjalankan aktiviti harian tanpa bergantung kepada orang lain serta disiplin yang tinggi.Sekiranya disiplin dalam sesebuah pertubuhan tidak dipatuhi oleh seseorang ahli,ahli tersebut perlu dikenakan tindakan tatatertib.Disiplin juga mengajar kita untuk menepati masa,berpakaian kemas dan mematuhi peraturan samaada peraturan perkhemahan,bersukan dan sebagainya.Disiplin memainkan peranan yang penting dalam mencapai kejayaan.Oleh itu,pelajar yang melibatkan diri mereka dalam aktiviit kokurikulum secara aktif akan mendapat satu tahap didiplin yang tinggi.

    Pada waktu yang sama,kita dapat menikmati keindahan alam semulajadi kurniaan tuhan yang tidak ternilai nini.Kita dapat menanam diri kita untuk mencintai alam sekitar.Sekiranya kita menyertai aktiviti perkhemahan,biasanya sita akan berkhemah di tepi sungai yang berhampiran hutan,kita boleh menikmati keindahan alam semulajadi yang indah sambil menghirup udara segar.Kita juga akna mengetahui bagaimana untuk memelihara alam sekitar yang kaya dengan flora dan fauna ini supaya tidak dimusnahkan.Kesedaran para peljar untuk mencintai alam sekitar dapat dipupuk sekiranya kepentingan hutan dapat dikongsikan bersama mereka.Tegasnya,pelajar akan menghargai alam sekitar dan menjaganya jiak diberikan peluang untuk menyertaia aktiviti perkhemahan.

    Akhir sekali,jika  kita menyertai aktiviti kokurikulum,kita dapat berkenalan dengan rakan-rakan baharu.Hal ini dikatakan demikian kerana penyertaan dalam persatuan mahupun aktiviti sukan adalah tidak mengira dari kelas mana,ataupun bangsa dan warna kulit pelajar itu.Jadi,apabila ramai kenalan para pelajar tidak akan rasa bosan dan dapat berbincang tentang pelajaran dengan rakan-rakan tersebut.Apabila para peljar disebuah sekolah kenal mengenali maka wujidlah perpaduan dan persefahaman antara mereka sekaligus dapat mengujudkan perpaduan antara masyarakat pelbagai kaum dinegara ini.

  Secara total,dapatlah disimpulkan bahawa kegiatan kokurikulum amat berfaedah kepada semua terutamanya pelajar dalam aspek pemupukan pelbagai nilai murni.Oleh itu,para pelajar seyogianya memanfaatkan masa yang terluang dengan menyertai aktiviti kokurikulum.Namun begitu,kita seharusnya mengharapkan generasi yang baru berumur setahun jagung,berdarah setampuk pinang semata-mata.Jadi,semua pihak seperti ibu bapa,pihak sekolah dan Kementerian Pelajaran Malaysia perlulah mengembleng tenaga untuk memastikan para pelajar melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum disekolah.